Asia Tour 2009: Malaysia XI 2 – 3 MU
Bola Sepak | 18 Jul 2009 | Kongsi di Twitter
Michael Owen menghampakan Malaysia dengan menjaringkan gol lima minit sebelum wisel penamat untuk membolehkan Manchester United menang 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.
Kedudukan sebelum itu terikat 2-2 apabila Amri Yahya menjaringkan gol kedua beliau dan negara pada minit ke-52 hasil kesilapan penjaga gol gantian, Ben Foster.
Amri sebelum itu menewaskan penjaga gol utama United, Edwin van der Saar, dengan lambungan dari luar kotak penalti seminit sebelum rehat untuk menjadikan kedudukan 1-2.
Terdahulu, Wayne Rooney dan Nani meletakkan United selesa di depan menerusi gol pada minit kelapan dan ke-27.
Malaysia XI
Mohd Farizal Bin Marlias (Perlis), Mazlizam Bin Mohamad (Perlis), Amar Bin Rohidan (Perlis), Baddrol Bin Bakthiar (Kedah) Mohd Kyril Muhymeen Bin Zambri (Kedah) Mat Sabre Bin Mat Abu (Kedah) V. Thirumurugan (Kedah), Mohd Amri Yahyah (Selangor), Mohd Amirulhadi Bin Zainal (Selangor) Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (Selangor), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Norhafiz Zamani Misbah (Plus FC), Mohd Safiq Rahim (Plus FC), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Negri Sembilan), Mohd Zaquan Abd Razak (Negri Sembilan), Kunalan a/l Subramaniam (Negri Sembilan), Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli (Terengganu), Mohd Bunyamin Umar (MyTeam), Mohd Azmi Bin Muslim (MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (MyTeam), Stanley Bernard (MyTeam), Syed Adney (MyTeam), Mohd Muslim Bin Ahmad (Harimau Muda/Malaysia Tigers), K.Gurusamy Govandar (Harimau Muda/Malaysia Tigers), Ahmad Shakir Bin Mohd Ali (Harimau Muda/Malaysia Tigers), Farderin Bin Kadir (Kuala Muda NAZA), Mahathevan Gengatharan (Shahzan Muda), Kamarul Afiq Bin Kamaruddin (Felda Utd)
Manchester United
Edwin van der Sar, Tomasz Kuszczak, Ben Foster; Jonny Evans, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Gary Neville, Wes Brown, John O’Shea, Fabio da Silva; Nani, Zoran Tosic, arren Fletcher, Anderson, Darron Gibson, Paul Scholes, Michael Carrick, Ryan Giggs; Michael Owen, Dimitar Berbatov, Federico Macheda, Wayne Rooney.
Sumber: Berita Harian

Artikel Sebelum & Selepas:






