Author Archive

Kemenangan pertama Kelantan di tempat lawan

The Red Warriors March 8th, 2010

Kelantan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal terutama ketika berdepan pasukan Selangor Jumaat ini. (Foto/theredwarriors.com)

Kelantan berjaya mencatatkan kemenangan pertama di tempat lawan selepas menundukkan T-Team 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu malam kelmarin.

Kemenangan tersebut amat bermakna kepada Kelantan selepas mereka disingkirkan pada pusingan kedua Piala FA oleh Kedah, bulan lalu. Read the rest of this entry »

Rangkuman keputusan Liga Super – 6 Mac 2010

Liga Super 2010 March 7th, 2010

Pemain Selangor, Safee Sali (kiri) diasak pemain Kedah, Mohd Sabrie Mat Abu, di Stadium Shah Alam, malam tadi. (Foto/Kosmo)

Selangor terus unggul di gelanggang sendiri apabila mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Shah Alam dengan membaham bekas juara, Kedah 4-0 buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super, malam tadi.

Safee Sali membuka jaringan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti minit ke-17 untuk gol ketujuhnya musim ini disusuli Amirulhadi Zainal Noordin yang bertukar hantaran dengan Hardi Jaafar pada minit ke-39. Kapten, Mohd Amri Yahyah melebarkan jurang minit ke-60 dengan sepakan separa voli sebelum Amirulhadi melengkapkan pesta gol minit ke-76. Read the rest of this entry »

Wanita 22 tahun korban terbaru H1N1 di Malaysia

Nasional March 3rd, 2010

Kredit: Buletin Utama (TV3)

Seorang wanita berusia 22 tahun menjadi mangsa terbaru serangan selesema babi atau virus Influenza A (H1N1) apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Ahad lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, sebelum dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lalu, wanita itu dilaporkan demam dan batuk selama lapan hari. Read the rest of this entry »

Botak Chin di layar kaca

Astro March 3rd, 2010

Botak Chin atau Huat dilakonkan oleh Muniff Isa (kanan) sedang berdialog dengan Dr. Muslim lakonan Hasnul Rahmat.

Masih ingat lagi pada penjenayah licik Botak Chin yang menggemparkan negara satu ketika dahulu?

Bermula pada 28 Februari lalu Astro akan menyiarkan sebuah dokumentari berjudul, Sepandai-pandai Tupai Melompat di Astro Prima dan drama bersiri lapan episod, Tangkal Besi yang sama di Astro Citra bermula 3 Mac ini, setiap Rabu pukul 9 malam. Read the rest of this entry »

243 terima pelalian vaksin H1N1 di Kelantan

Nasional March 1st, 2010

Foto: Kosmo!

Seramai 243 orang terdiri daripada anggota polis, petugas barisan hadapan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Kelantan menerima pelalian bagi langkah pencegahan Influenza H1N1 sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Mohd Kamil Hassan berkata pada peringkat permulaan, Kementerian Kesihatan memberikan vaksin kepada petugas perubatan, disusuli petugas barisan hadapan daripada jabatan tertentu serta orang ramai yang berisiko tinggi mendapat jangkitan H1N1. Read the rest of this entry »

Related Posts with Thumbnails
blank