The Red Warriors akan melancarkan barangan jenama pasukan tersebut yang akan diadakan esok di Mini Stadium Ketereh, dekat sini.
Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Merchandise & Outlet, Azman Mohd Yusoff, peminat dan penyokong The Red Warriors boleh mendapatkan pelbagai produk yang ditawarkan sempena pelancaran tersebut.
“Pelbagai jenis produk yang ditawarkan termasuk jersi, kemeja T, topi, beg sandang, beg kasut serta beg galas. Kesemua produk ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.
“Mereka yang ingin mendapatkan produk ini juga boleh mendapatkannya di beberapa buah outlet kami,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Azlan berkata, semua barangan dan pakaian rasmi keluaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah berjenama ‘WARRIORS’.
Selain itu, aktiviti yang berlangsung pada jam 3 petang ini turut dimeriahkan dengan pelancaran Kelan Penyokong Ketereh dan juga perlawanan pertunjukkan pasukan The Red Warriors.
Sehubungan dengan itu, peminat-peminat dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. -Sinar Harian

Artikel Sebelum & Selepas:






