Botak Chin – Penjenayah maut di tali gantung (11 Jun 1981)
Imbasan | 11 Jun 2008 | Kongsi di Twitter
Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.
Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.
Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.
Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.
Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.
Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.
Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.
Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.
Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.
Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu.
Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.
Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.
Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.
Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.
Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.
16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.
Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.
Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.
Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.
Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.
Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.
Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.
Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.
Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.
Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.
Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.
Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.
Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.
11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.
Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.
Kronologi Botak Chin: Hasil rompakan diguna beli senjata api di Thailand
1967 – Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri.
19 April 1969 – Melakukan rompakan bersenjata pertama bersama tiga rakan.
September 1969 – Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.
November 1974 – Dibebaskan daripada penjara. Cuba memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya.
April 1975 – Kurang setahun selepas dibebaskan, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).
Mei 1975 – Pergi ke Thailand dengan bantuan rakan untuk membeli senjata api.
2 Jun 1975 – Merompak RM5,800 daripada sebuah pusat perjudian haram di Sentul. Hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai sasaran di kawasan bekas lombong di Kepong. Semakin berani apabila mempamerkan senjata api di tempat terbuka iaitu Pasar Sentul.
20 Julai 1975 – Merompak RM95,000 dari sebuah bank di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Merampas tiga pistol milik tiga anggota polis. Merampas senjata api milik pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bar di Sentul. Mencabar sesiapa saja di Kelab Kereta Api Sentul untuk beradu kehandalan menembak ala koboi dalam rompakan di situ.
26 Oktober 1975 – Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil rompakan sekali lagi digunakan untuk membeli senjata api di Thailand. Dia kemudian memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Menyedari kedudukannya sebagai ketua mula terancam kerana ada yang cuba mencabarnya, Botak Chin bertindak. Ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan anggota gengnya sendiri iaitu Ah Wong, kemudian ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.
22 November 1975 – Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.
16 Februari 1976 – Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
11 Jun 1981 – Maut di tali gantung di Penjara Pudu.
Sumber: Berita Minggu

Artikel Sebelum & Selepas:







24 July 2009 jam 4:53 PM
sangat kesian la botak chin ……
kalau la ia tu betul betul ambik wang tu gi bantu org ??
itu pun nak mati ke ??? pantu bunuh tu xmati
yang xpantu bunuh tu semua kasih gantung ….
itu la Malaysia BOLEH!!
24 July 2009 jam 11:58 PM
jenayah membawa padah
yang salah tetap salah
1 September 2009 jam 1:39 PM
Caroline yang b****, nak tolong orang buat la cara betul.Mana ko tau niat dia baik? kalau niat baik tak bunuh orang.Ko sekolah cina mana kat mana, bodoh sangat sampai tak reti beza baik dan buruk?
Dah duduk malaysia hidup bermuafakat la sikit. Dah tau jual sayur, ubahlah jadi peramah sikit,so, orang pun happy nak beli dengan you. baru la ada ‘ong’ meniaga. nak kaya cepat main la judi, bangsa korang kan tak ade halal haram?
im proud to be malaysian, but i know other race will not defend this country, boleh jamin punya!
1 September 2009 jam 7:02 PM
yup betul tu. byk lagi cara lain nak tolong orang. janganla sampai nak bunuh orang, cederakan orang.
30 October 2009 jam 4:47 PM
botak chin tu sebenarnyer sangap,die gian ***** ****** tu yg jadi camtu,nk ****** anak kulasingam x dapat,jadi hangin satu badan..wakakakaka
31 October 2009 jam 5:06 AM
Botok Cin (BC)…. teringat ambo maso kecik dulu orey duk sebut tok lut peluru. Macey ado ilmu kebal la. Besohor 1Malaysia maso tu. Kerolain ni.. wanno jadi gitu? Semo agamo haram ngopok dey bunuh orey. Lagi pun maso tu bukan zamey koboi, macey cito koboi. Wat jahat gitu, tok kiro nayu, cino and india wey…kalu dey igak bawa ko court, kalu susoh, bedil mapuh yah..Kerolain ni, kalu keno kluargo dio keno bunuh BC baru la ado trauma atau kwong seumur idup. Doh mnatey jahat, wat baik pun duk jahat situ. Gak baik staro mano sangat gak…
1 November 2009 jam 12:16 AM
Tahniah, tahniah dan tahniah… Klate melakar sejaroh lagi buleh main di final. Perlis buleh tutup mulut nak baham klate. Macey ambo kato, kijey ni culah. napok macey nok dey tapi beley-bley beghunga wi nyepak atah muko.. jadi keno 5 butir semonyo.. kalu tengok ko meney tadi rasonyo 8 butir keno, tapi mis 3. Apo pung tahniah ko Klate.
12 November 2009 jam 12:54 PM
oi pakchu cakap bahasa melayu la.. macam bagus
22 November 2009 jam 4:26 AM
.38, Bahaso klate tu bahaso gapo..? Bahaso siam ko? Kalu tok panda bahaso klate, duk diyey. Nati pakchu kecek ibey srawok baru tau..
22 November 2009 jam 8:11 PM
Hdp zamRI……………..HdP kLaTe….
Arp Klate bUlih G aG FinAl Thn DePeeeeee
25 January 2010 jam 5:55 PM
lau nak cari rezeki,jangan sampai bunuh orang,x baik,rezeki tu ade,samada nak tunggu atau cari,terpulang…baru terbace plak bab abang botak ni…walau cemane pon,die ade satu yang mungkin x terdapat pade orang lain,semangat yang tinggi tapi digunakan pada jalan yang salah….
22 February 2010 jam 9:02 PM
botak chin ni tak botak pun….. pelik kan
26 February 2010 jam 10:04 AM
aiya…abang gua sudah lama mati woo……biar dia mati lo….itu olang manyak bodoh punya olang….
28 February 2010 jam 10:03 AM
gile gangster..hati kering..
macam mafia siot..
28 February 2010 jam 7:54 PM
Saya ingin mengatakan bahwa Botak Chin 90% tidak bersalah!Kerana ketika dia memulakan rompakannya yang pertama,itu adalah kerana usianya yang masih muda dan belum cukup matang untuk membezakan baik atau buruk.Dia menjual sayur di pasar kerana ingin mencari sesuap nasi namun pasar itu sering menjadi tumpuan samseng-samseng yang sering membuat jenayah untuk mencari kekayaan.Jadi,Botak Chin yang ketika itu dalam usia masih muda telah terpengaruh dan mengikuti langkah-langkah samseng itu.Sama seperti remaja-remaja sekarang yang terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya atau orang sekeliling untuk mencuba najis dadah.Botak Chin telah di tangkap dan dihukum penjara selama 7 tahun kerana telah melakukan rompakan pertamanya pada tahun 1969.Namun dengan kelakuan Botak Chin yang baik,dia telah dibebaskan setelah dipenjara selama 5 tahun.Botak Chin ingin berubah dan kembali kepada pekerjaannya yang dulu iaitu menjual sayur.Tetapi,hasratnya itu telah dipatahkan oleh pihak polis kerana sering menangkap dan menahannya apabila telah berlaku kes jenayah dikawasan itu.Botak Chin melakukan jenayahnya semula bukan kerana dia di pukul atau dikasari oleh pihak polis,tetapi dia merasa amat malu dan tertekan kerana dia sering ditahan polis dikhalayak ramai.Botak Chin juga mempunyai perasaan MALU dan MARAH seperti orang lain.Ketika beberapa kali dia ditahan hingga kesabarannya telah hilang dan dia telah berkata kepada pihak polis,jika pihak polis atau masyarakat telah menganggap saya ini jahat,jadi saya akan menjadi lebih jahat lagi daripada yang disangka.Bermula dari situlah Botak Chin telah berubah menjadi penjenayah yang paling kejam dan ditakuti.Kerana dia telah merasa bahwa kehidupan dia di dunia tidak berguna dan sebab itulah dia tidak ingin dibicara atau dibela oleh peguam,dan ingin terus ke tali gantung pada keesokan hari dia ditangkap.10% memang kesalahanya iaitu dia tidak dapat menahan atau mengawal perasaan marahnya terhadap pihak polis dan masyarakat.Sebab itulah dia berkata sebelum waktu dia ke tali gantung,dia ingin membunuh beberapa pihak polis di penjara.
Hanya kerana setitik nila,
Susu sebelanga berubah.
Jangan hanya sesuatu hal sensitif,
Seseorang itu berubah sama ada kearah kebaikan atau…
KEBURUKAN.
4 March 2010 jam 11:42 PM
Biar betul ko nie.. Kalau keluarga ko ade yg jadi mangsa botak chin aku rase pendapat ko dh jadi lain..
5 March 2010 jam 11:26 AM
korang nak tahu tak?. Family aku punya kawan (org kampung bapak aku) nama dia Ali. Ali Wak Nomah orang panggil. Dia ni kira orang bawah Borak Chin. Juga perompak terkenal. Dia cakap, Botak Chin ni jarang rompak rumah melayu sebab dia masa kecik orang melayu banyak tolong family dia. Dia ni susah sebab tu banyak buat benda jahat. Biasa la, kalau hidup susah sure akan buat jenayah sedikit sebanyak. Ali Wak Nomah ni dia citer dia pegi tgk member dia ni kena gantung. Lidah terjelir. Masa dia datang umah aku, waktu tu aku kecik lagi. Badan parut2 sebab dia kerja dia mmg redah cermin rumah org kalau kena serbu polis.
Family aku ada bergambar dengan Ali Wak Nomah nih. Seram siot bila geng botak chin datang umah. Walaupun sedara. Huhu