Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768 RedXone Dot Net tidak akan dikemaskini buat sementara waktu disebabkan beberapa masalah yang berlaku dan akan kembali dikemaskini apabila semuanya pulih seperti sediakala. Terima kasih.

Polis menembak gas pemedih mata dalam usaha untuk mengawal keadaan. Foto: REUTERS

Polis menahan 310 orang dari jam 7 pagi hingga 5 petang tadi kerana menyertai perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhamad Sabtu Osman, berkata polis sedang menyiasat 11 individu termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, yang dipercayai menjadi dalang perhimpunan itu.

Beliau berkata, ia berikutan kehadiran mereka untuk hadir dan memberikan ucapan di ibu pejabat Pas pada jam 3.55 petang.

Katanya, polis menganggarkan hanya 5,000 yang hadir dalam perhimpunan hari ini.

“Polis juga turut menahan sebuah bas yang dipercayai terdiri daripada kumpulan penyokong GMI yang merancang untuk menyertai perhimpunan hari ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebarang penahanan yang dibuat adalah mengikut seksyen 105 Kanun Acara Jenayah bagi mencegah berlaku sebarang jenayah.

Individu lain yang turut disiasat ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad.

Antara remaja yang terbabit dalam perhimpunan haram siang tadi lari menyelamatkan diri apabila gas pemedis mata dilepaskan oleh pihak polis. Foto: AFP

Penahanan hari ini membabitkan 291 lelaki dan 19 wanita, termasuk 31 juvana iaitu berusia 18 tahun ke bawah.

Bagi 310 yang ditahan, mereka disiasat mengikut Akta Pertubuhan dan Akta Polis. -Berita Harian

Related Posts with Thumbnails

CommentLuv Enabled

Artikel Sebelum & Selepas:
blank