Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768

Foto: The Star

Lebih 200 penyokong kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA – yang disifatkan oleh polis sebagai tidak sah – ditahan hari ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara sejak pagi tadi.

Dua Ahli Parlimen yang ditahan ialah R. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Dr. Mujahid Yusoff Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sivarasa dan Mujahid merupakan Ahli Parlimen Subang dan Parit Buntar.

“Maklumat yang kami terima menunjuklkan lebih 200 orang ditahan sejak pagi tadi, sebelum himpunan bermula, atas nama pencegahan. Belum pun perarakan diadakab polis sudah menahan mereka,” kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media.

Ekoran langkah pencegahan itu, yang bermula 9 pagi, GMI gagal menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat kepada Istana Negara petang ini sebagaimana dirancangkan, lapor Mstar Online hari ini.

Syed Ibrahim menegaskan, pihaknya akan tetap menyerahkan memorandum kepada Istana Negara kemudian hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih menganggap perarakan hari ini yang dinamakan Perhimpunan 100,000 Rakyat berjaya mencapai matlamat mereka.

Nota kaki: Tahniah, pihak anda memang berjaya… berjaya menghuru-harakan negara

Related Posts with Thumbnails

CommentLuv Enabled

Artikel Sebelum & Selepas:
blank