Hatrik serlahkan kematangan Norshahrul Idlan Talaha
The Red Warriors | 1 Feb 2010 | Kongsi di Twitter
Ketajaman penyudah penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha ketika membantu Kelantan menundukkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu kelmarin menyerlahkan betapa pemain itu semakin matang dan digeruni dalam saingan Liga Super musim ini.
Malah, aksi hatriknya kelmarin, mengundang pujian jurulatih Red Warriors, B. Sathianathan yang menyifatkan penyerang itu semakin menujukkan kematangan dan konsisten dalam permainannya.
“Saya kagum dengan aksi yang ditunjukkannya kelmarin. Dia semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Dia berbakat besar. Malah saya dapat melihat bakat yang dimilikinya sejak bersama-sama dalam pasukan Olimpik. Tetapi kini dia lebih matang dan konsisten sejak di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal,” katanya.
Tetapi pada masa sama, Sathia turut menghambur pujian buat pemain veteren, Hairuddin Omar yang memainkan peranan penting dalam jaringan yang dilakukan Norshahrul.
“Walaupun kurang perhatian diberikan terhadap Hairuddin, dia menunjukkan sikap profesional dan membimbing pemain muda. Malah sumbangannya turut memainkan peranan membawa gol kedua Kelantan yang dijaringkan Norshahrul ketika menumpaskan Pulau Pinang, kelmarin,” katanya.
Kemenangan ke atas skuad Pulau Mutiara itu membolehkan Red Warriors merampas kedudukan di tempat keempat daripada Perlis. Kelmarin, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan lawan seawal minit ke-13 jaringan V. Jaganathan.
Tetapi Norshahrul yang membantu skuad bawah 23 kebangsaan meraih pingat emas di Sukan Sea Laos Disember lalu, menyelamatkan Kelantan apabila meledak hatrik pada minit ke-45, 50 dan 88 untuk membolehkan pasukan itu mengutip mata penuh. -Sinar Harian

Artikel Sebelum & Selepas:








3 February 2010 jam 10:05 PM
bagus rupanya norshahrul ni

tak rugi kelate beli
harap dia dapat score banyak lagi lepas ni
8 February 2010 jam 12:45 AM
lambat panas tu. hehehe