Kijang inginkan kemenangan
The Red Warriors | 1 Jul 2009 | Kongsi di Twitter

Selepas mencatat rekod bersih kemenangan berturut-turut, skuad bola sepak Kelantan gagal menjadikan Terengganu sasaran mangsa seterusnya pada saingan Liga Super di kubu pihak lawan.
Kelantan tewas kepada pasukan tersebut 2-0 melalui jaringan pemain Terengganu, Manaf Mohamad pada minit ke-5 dan sekali lagi benteng pertahanan Kelantan ditembusi oleh pemain berjersi nombor 18.
Jika pada saingan lalu di Stadium Sultan Muhamed ke-IV, pasukan pahlawan merah membuktikan yang pasukan ini berkebolehan berubah tangga kedudukan.
Dengan mudah, pasukan ini berjaya menjinakkan pasukan Seladang, 4-0 di hadapan penyokong sendiri melalui jaringan hatrik Indra Putra Mahayudin dan Mohd Nor Farhan Muhammad pada perlawanan Sabtu lepas.
Pasukan ini sekaligus menghapuskan tanda kemerosotan yang dialami pasukan tersebut selepas digantung dari beraksi di gelanggang sendiri, semakin terhakis di hati peminat apabila anak-anak buah Peter James Butler dan Hashim Mustapha menunjukan kebangkitan yang amat luar biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibrahim berkata, pasukan ini mengharapkan kemenangan dan matlamat memburu mata maksimum pada baki perlawanan Liga Super musim ini.
“Untuk berada di tangga ketiga liga, pasukan ini mencatatkan sejarah baru yang tak pernah diperoleh sebelum ini. Apa yang perlu kami lakukan, adalah unutk menumpukan sepenuh perhatian kepada pasukan sendiri. Kami tak nak sasaran kami tersasar akibat terlalu mengejar apa yang ketinggalan.
“Saya berpuas hati setakat ini. Pemain nampak bersungguh-sungguh sampaikan pihak pengurusan susah untuk memilih siapa yang bakal beraksi. Buat masa ini, saya akan kekalkan kesemua pemain yang sama kerana prestasi yang ditunjukkan mereka merupakan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Jelas terbukti bagaikan ‘pahlawan’ apabila pemain Indra Putra Mahayuddin yang beraksi dalam kesebelasan utama Kelantan mempamerkan prestasi yang amat menakjubkan, terpaksa dibuang padang pada minit ke-78 selepas dilayangkan kad merah.
Sementara itu, Azman turut mengingatkan pemain-pemainnya supaya tidak memandang remeh lawan yang akan datang iaitu pasukan Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor FC.
Sumber: Sinar Harian

Artikel Sebelum & Selepas:








1 July 2009 jam 9:35 PM
xpelah..takdok rezeki. sabtu ni pakat gomo phg pulop
1 July 2009 jam 9:50 PM
pakat penuh stadium blako2