Liga Super: Kelantan 3-2 Pahang
Liga Super 2009 | 5 Jul 2009 | Kongsi di Twitter
Di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan meneruskan prestasi baik di gelanggang sendiri apabila bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk menang 3-2 ke atas Pahang.
Mohd Azamuddin Akil mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-18, namun disamakan tiga minit kemudian menerusi Ahmad Azlan Zainal yang melencongkan sepakan percuma yang terkena benteng Pahang dan terus menerjah masuk.
Azamuddin kemudiannya meletakkan Pahang di depan tiga minit sebelum rehat apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum meledakkan rembatan melepasi penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail, namun disamakan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi tiga minit selepas rehat menerusi sepakan percuma.
Zainul Fitree Ishak merampas tiga mata penuh buat Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65. -BH

Artikel Sebelum & Selepas:






