Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768

Keputusan penuh Liga Super – 13 Mac 2010

Liga Super 2010 13 March 2010

Masa Pasukan vs Pasukan
8.45 mlm Johor 1 – 0 KL Plus
8.45 mlm Kedah 0 – 1 Negeri Sembilan
8.45 mlm Pulau Pinang 0 – 5 Johor FC
8.45 mlm Perlis 0 – 2 Kuala Lumpur
8.45 mlm Perak 3 – 0 T-Team
8.45 mlm Terengganu 2 – 0 Pahang

Kelantan sekat kemaraan pendahulu liga

The Red Warriors 13 March 2010

Penyerang Selangor, Safee Sali (kiri) diasak Azizi pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. (Foto/Kosmo)

Kelantan berjaya menyekat kemaraan Selangor daripada terus melebarkan penguasaan selaku pendahulu Liga Super selepas mengikat skuad Gergasi Merah itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi dengan diiringi hujan, seakan-akan menjadi petanda kelebihan memihak kepada tuan rumah. Lagi

Detik Surendren menggempur Kelantan di Kota Bharu

Liga Super 2010 12 March 2010

Kemampuan R. Surendren bakal diuji malam ini di Kota Bharu. (Foto/Kosmo)

Sekiranya K. Devan mahu menguji kemampuan sebenar R. Surendren mengharungi 90 minit permainan, menentang Kelantan dalam perlawanan Liga Super, hari ini merupakan gelanggang tepat untuk melakukannya.

Malah, jika jurulatih Selangor itu mahu menyediakan kesebelasan terkuat sebagai persediaan menjelang ke Sriwijaya (Indonesia) dalam Piala AFC, Selasa ini, kehadiran penuh pemain kelahiran Perak tersebut, tidak syak lagi mampu memenuhi kriterianya. Lagi

Siaran langsung perlumbaan cub prix di Astro

Astro 12 March 2010

Sebahagian daripada pelumba dan pasukan yang akan menyertai Kejuaraan Cub Prix 2010 pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, semalam. (Foto/Utusan)

Peminat perlumbaan cub prix bakal menyaksikan perlumbaan tersebut secara langsung aksi musim 2010, menerusi saluran Astro Sports.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd., Ron Hogg berkata, siaran langsung perlumbaan tersebut akan disiarkan mulai pukul 2.30 hingga 4.30 petang. Lagi

Liga Super: Kelantan hormati Selangor

The Red Warriors 12 March 2010

Status Selangor selaku pendahulu Liga Super ternyata mengundang resah buat Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui kehebatan lawannya sambil menganggap anak-anak buahnya tampil sebagai underdog.

“Pertemuan ini bukanlah tugas mudah buat semua pemain, berdasarkan rekod lepas, ia tampak memihak kepada mereka Selangor.

“Memandangkan Selangor berada di kemuncak prestasi dengan merangkul tiga kejuaraan musim lalu dan mendahului carta liga, saya menuntut supaya mereka turun bermati-matian dan berhati-hati dengan taktik serta corak permainan pasukan lawan yang mampu memerangkap pasukan,” kata Sathianathan semalam. Lagi

Related Posts with Thumbnails
blank