Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768 RedXone Dot Net tidak akan dikemaskini buat sementara waktu disebabkan beberapa masalah yang berlaku dan akan kembali dikemaskini apabila semuanya pulih seperti sediakala. Terima kasih.

KAFA tidak akan tunduk dengan desakan pihak luar

KAFA, The Red Warriors 1 February 2010

Annuar mempertahankan pendirian KAFA untuk tidak tunduk dengan ancaman pihak-pihak tertentu yang berniat mahu memusnahkan skuad Kelantan. (Foto/Kosmo)

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan untuk memecat jurulatih ataupun pemain mereka berikutan prestasi kurang konsisten yang dipamerkan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses menukar ganti jurulatih atau pemain bukan semudah yang disangka dan sasaran masih jauh untuk menilai prestasi keseluruhan pasukan. Lagi

Sathia lega Kelantan kembali bangkit di Kota Bharu

The Red Warriors 1 February 2010

B. Sathianathan gembira dengan peningkatan yang mula ditunjukkan oleh barisan serangan Kelantan. (Foto/theredwarriors.com)

Jurulatih Kelantan, B. Sathinathan kembali menarik nafas lega selepas pasukannya melakar kemenangan ketiga di laman sendiri, kelmarin.

Sathianathan berkata, kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, yang meletakkan pasukan itu di tangga keempat liga, memberikan kelegaan seketika buatnya ketika perjalanan liga masih jauh. Lagi

Harimau Muda beraksi di Liga Slovakia bawah 21 tahun

Harimau Muda 1 February 2010

Harimau Muda akan menyertai liga bawah 21 tahun Slovakia selama tiga bulan mulai bulan depan. (Foto/Kosmo)

Pasukan Harimau Muda ‘A’, yang menamatkan penantian negara selama 20 tahun untuk meraih emas pada Sukan SEA Laos Disember lalu, akhirnya akan menyertai liga bawah 21 tahun Slovakia selama tiga bulan mulai bulan depan.

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak penyertaan pasukan itu dalam Liga Super dan kemudian Liga Singapura musim ini, persatuan itu merangka perancangan baru bagi pasukan tersebut tahun ini. Lagi

Perkhidmatan internet TM terganggu akibat kerosakan sirkit

Internet & ICT 31 January 2010

Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) pada hari Ahad mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.

Menurut kenyataan TM, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS. Lagi

KAFA tolak dakwaan prestasi pasukan Kelantan merosot

KAFA 31 January 2010

Presiden KAFA tegaskan Kelantan tidak bercadang untuk membuat sebarang perubahan dalam pengurusan pasukan. (Foto/theredwarriors.com)

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh ketua jurulatih B. Sathianathan.

Sebaliknya, persatuan itu berkata prestasi pasukan itu meningkat berbanding sebelum ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau berpuashati dengan prestasi pemain “The Red Warriors” itu setelah berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini. Lagi

Related Posts with Thumbnails
blank