Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768

Hatrik serlahkan kematangan Norshahrul Idlan Talaha

The Red Warriors 1 February 2010

Aksi Norshahrul ketika menentang pasukan Thailand di Sukan Sea Laos tahun lepas. (Foto/thaiphotoblogs.com)

Ketajaman penyudah penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha ketika membantu Kelantan menundukkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu kelmarin menyerlahkan betapa pemain itu semakin matang dan digeruni dalam saingan Liga Super musim ini.

Malah, aksi hatriknya kelmarin, mengundang pujian jurulatih Red Warriors, B. Sathianathan yang menyifatkan penyerang itu semakin menujukkan kematangan dan konsisten dalam permainannya. Lagi

Kelantan yakin teruskan cabaran

The Red Warriors 1 February 2010

Kemenangan ke atas pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Kota Bharu kelmarin menjadikan Kelantan lebih berkeyakinan meneruskan cabaran.

Jurulatih The Red Warriors, B. Sathianathan bagaimanapun mengakui anak buahnya bermain dalam keadaan penuh tekanan apabila gagal meraih kemenangan ketika bertandang ke Perak 23 Januari lalu.

Sathia berkata, Kelantan menguasai kedua-dua perlawanan menentang Perak dan Pulau Pinang, bagaimanapun peluang hanya dapat dimanfaatkan di hadapan penyokong sendiri.

“Pemain kita lebih berkeyakinan selepas dapat menyamakan kedudukan dan akhirnya dengan serangan yang kemas, kita dapat mengatasi pasukan pelawat. Lagi

KAFA tidak akan tunduk dengan desakan pihak luar

KAFA, The Red Warriors 1 February 2010

Annuar mempertahankan pendirian KAFA untuk tidak tunduk dengan ancaman pihak-pihak tertentu yang berniat mahu memusnahkan skuad Kelantan. (Foto/Kosmo)

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan untuk memecat jurulatih ataupun pemain mereka berikutan prestasi kurang konsisten yang dipamerkan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, proses menukar ganti jurulatih atau pemain bukan semudah yang disangka dan sasaran masih jauh untuk menilai prestasi keseluruhan pasukan. Lagi

Sathia lega Kelantan kembali bangkit di Kota Bharu

The Red Warriors 1 February 2010

B. Sathianathan gembira dengan peningkatan yang mula ditunjukkan oleh barisan serangan Kelantan. (Foto/theredwarriors.com)

Jurulatih Kelantan, B. Sathinathan kembali menarik nafas lega selepas pasukannya melakar kemenangan ketiga di laman sendiri, kelmarin.

Sathianathan berkata, kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang, yang meletakkan pasukan itu di tangga keempat liga, memberikan kelegaan seketika buatnya ketika perjalanan liga masih jauh. Lagi

Harimau Muda beraksi di Liga Slovakia bawah 21 tahun

Harimau Muda 1 February 2010

Harimau Muda akan menyertai liga bawah 21 tahun Slovakia selama tiga bulan mulai bulan depan. (Foto/Kosmo)

Pasukan Harimau Muda ‘A’, yang menamatkan penantian negara selama 20 tahun untuk meraih emas pada Sukan SEA Laos Disember lalu, akhirnya akan menyertai liga bawah 21 tahun Slovakia selama tiga bulan mulai bulan depan.

Selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak penyertaan pasukan itu dalam Liga Super dan kemudian Liga Singapura musim ini, persatuan itu merangka perancangan baru bagi pasukan tersebut tahun ini. Lagi

Related Posts with Thumbnails
blank