Terengganu muncul pasukan yang meleburkan rekod bersih Selangor yang memenangi empat perlawanan berturut-turut di dalam saingan Liga Super apabila menewaskan skuad ‘The Red Giants’ itu 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam Sabtu.
Kemenangan itu membolehkan Terengganu menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum pernah tewas setelah mengharungi lima perlawanan Liga Super setakat ini.
Selangor bagaimanapun kekal di tangga teratas Liga Super dengan 12 mata diikuti rapat Terengganu yang mengumpul 11 mata termasuk tiga mata dari kemenangan malam ini.
Dua daripada empat gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Manaf Mamat melalui sepakan penalti pada minit ke-33 dan 90 manakala Mohd Ashaari Shamsuddin dan Joseph Kalang Tie masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-10 dan 76.
Perlis pula melonjak ke tangga ketiga liga apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar untuk mengumpul 10 mata.
Wan Mohd Shukri membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-25 manakala Ahmad Fakri Saarani memastikan tiga mata milik Perlis apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73.
Di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang tertekan setelah hanya mencatatkan satu kemenangan daripada empat perlawanan membuktikan mereka masih perlu dihormati.
Skuad ‘The Red Warriors’ itu membelasah Johor FC 4-1 apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 namun disamakan oleh Mohd Riduwan Moin tiga minit kemudian untuk keputusan 1-1 separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan menjaringkan tiga gol melalui Azizi Mat Rose (m-46), Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Norfarhan Mohammad pada minit ke-72.
Kedah dan Perak pula terikat 1-1 di Stadium Darulaman, Alor Setar apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 setelah Razali Umar Kandasamy membuka jaringan pelawat pada minit ke-45.
KL Plus dan Kuala Lumpur turut berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya. – Bernama

Artikel Sebelum & Selepas:







24 January 2010 jam 8:03 AM
Tahniah kepada pasukan Liga Super Terenganu. Selangor rebah diterengganu. Jgn berlagak le Selangor. Ko ingat pasukan korang kuat sangat ker..Tahniah pada jurulatih dan pemain terengganu..SYABAS teruskan usaha anda….
24 January 2010 jam 8:06 AM
PETEH TERENGGANU PETEH… Pasni kita tengok adik terengganu (T-TEAM) akan mengamuk pulak..TUNGGUUUUUUUUUU…..
24 January 2010 jam 12:10 PM
salam w.b.t,kita sama2 saksikan adk t’rengganu berentap nanti,tahniah kpd jurulatih terengganu iaitu irfan bakti krna bjya membuktikan bhwa pasukan terengganu memang bnr2 gah n kebal krana x pnh tewas,TAHNIAH TERENGGANU….WASSALAM W.B.T
25 January 2010 jam 2:00 PM
terengganu xyh nk b’lgak sgt la weyh…..pas ney kompem klh ngn negri9….bajet bgs la terengganu…