Untuk paparan terbaik, sila gunakan pelayar Web Firefox/Google Chrome/Opera resolusi 1024 X 768 RedXone Dot Net tidak akan dikemaskini buat sementara waktu disebabkan beberapa masalah yang berlaku dan akan kembali dikemaskini apabila semuanya pulih seperti sediakala. Terima kasih.

Umpama nyawa-nyawa ikan, keadaan juara bertahan, Kedah dilihat tenat selepas kekalahan 1-0 kepada Pulau Pinang di tempat sendiri, malam tadi – meninggalkan mereka dengan tugas sukar untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2009.

Jaringan tunggal pelawat menerusi Muhamad Rafiuddin Rodin minit ke-64 di Stadium Darulaman menghukum Kedah untuk kekalahan keduanya dalam Kumpulan E, menyaksikan Hijau Kuning hanya meraih satu mata sehingga kini dalam pembukaan menentang Tentera.

Lebih malang, ketua pasukan, Victor Andrag dibuang padang selepas menjatuhkan pemain lawan sedikit di luar kotak penalti yang membuka ruang buat Muhamad Rafiuddin.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, Tentera membuktikan mereka bukan pasukan yang harus dipandang remeh apabila nyaris mengikat Kelantan sebelum kecundang 2-1 kepada jaringan detik terakhir, Mohd Nor Farhan.

Pelawat terlebih dulu membuka jaringan minit ke-18 apabila Indra Putra Mahyuddin menyempurnakan penalti selepas rakan sepasukannya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Namun, Tentera enggan berputus asa dan berjaya menyamakan kedudukan minit ke-34 menerusi larian solo Mohd Zahari Zaini yang disudahi rembatan kencang dengan Mohd Nor mengukuhkan kedudukan Kelantan sebagai pendahulu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Negeri Sembilan meraih kemenangan tipis 1-0 dalam perebutan tempat teratas Kumpulan B.

Jaringan kemenangan pelawat hadir minit ke-27 apabila S Kunalan dikasari pemain pertahanan Terengganu, Mohd Muhaimin Omar dengan pengadil Mohd Rahmat Jantan tanpa teragak-agak memberi penalti.

Mohd Zaquan Adha mudah menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee untuk gol tunggal perlawanan.

Di Stadium Utama, Perlis kecundang 1-2 di tempat sendiri kepada KL Plus dalam Kumpulan A yang bangkit daripada ketinggalan satu gol manakala Melaka seri 3-3 ketika mentang Pahang di laman sendiri.

Perlis membuka jaringan menerusi Azi Shahril Azmi minit ke-71 sebelum Norhafiz Zamani Misbah menghukum kelekaan pertahanan tuan rumah dengan dua tandukan hasil sepakan percuma pada minit ke-75 dan 86.

Sementara itu, rekod tanpa kalah Johor FC tercalar selepas tewas mengejut kepada Perak 2-0 dalam Kumpulan C. -BH

Related Posts with Thumbnails

CommentLuv Enabled

Artikel Sebelum & Selepas:
blank